Friday 10 January 2014

Kenali Lukisan dan Sistem Elektrik

LUKISAN ELEKTRIK Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaslam kandungan sesuatu pemasangan elektrik.Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk symbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah mengikut piawai yang telah ditetapkan.Lukisan elektrik digunakan dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik.Juruelektrik dan pendawai akan menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektik.Terdapat dua system bekalan elektrik iaitu sistem satu fasa dan sistem tiga fasa.Bagi rumah kediaman lazimnya system satu fasa digunakan manakala kilang dan bengunan besar memerlukan tiga fasa. Setelah mempelajari unit ini , anda dapat : i. Mengenal pasti jenis lukisan elektrik. ii. Menerangkan kegunaan symbol piawai bagi alat tambah,suis dan fius agihan. iii. Menyusun atur alat tambah,pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik. iv. Melukis pelan bentangan domestic. v. Melukis gambarajah skema unit kawalan utama pengguna. 1.1 Kenalpasti system bekalan elektrik 1.1.1. Sistem satu fasa - Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal. Sistem satu fasa (Single phase) - Beban kurang seperti rumah kediaman 1.1.2. Sistem tiga fasa (Three phase) - Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup dan satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 415V AC. - Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar. 1.1.3. Peraturan am pemasangan alat tambah -Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga .Antara peraturan yang terdapat adalah seperti berikut: a. Suis i. Suis hendaklah ditempatkan didalan bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung supaya mudah dikendalikan. ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi.Jika suis perlu dipasang didalam bilik mandi,suis jenis tarik hendaklah digunakan. iii. Suis duahala sesuai digunakan untuk koridor ,tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik. iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas dan memudahkan kawalan.Inin boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang mengandungi suis kembar dua atau lebih. b. Lampu i. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu.Bagi bilik yang besar,bilangan poin lampu boleh ditambah dan jarak diantara pin hendaklah sesuai supaya pencahataan sama rata. ii. Jenis lampu yang digunakan di dalam bilik mandi ialah lampu filamen bertutup kaca. iii. Poin lampu hendaklah ditempatkan pada jarak tertentu supaya sinaran lampu tidak terganggu oleh bilah kipas. c. Soket Keluar i. Bilangan soket keluar bagi bilik bersaiz sederhana tidak boleh lebih daripada dua.Bagi bilik yang lebih besar peraturan ini dilonggarkan. d. Unit Kawalan pengguna i. Kotak unit kawalan pengguna hendaklah dipasang didalam bangunan supaya mudah dikendalikan ketika berlaku kecemasan 1.1.4 Simbol Piawai Elektrik (Lagenda) Alat tambah dan alat kelenkapan yang digunakan dalam pemasangan elektrik terdapat dlam pelbagai jenis dan saiz,serta mempunyai fungsi yang berlainan.Dalam lukisan elektrik, setiap alat tambah dan alat kelengkapan digambarkan dengan symbol piawai.Simbol piawai elektrik biasanya dilukis berpandukan piawaian ANSI dan BS. Simbol Piawai elektrik bagi alat Tambah dan Alat Kelengkapan Elektrik

Arus elektrik

Arus elektrik bergantung, berdasarkan konteks penggunan, aliran caj elektrik (fenomena atau kadar aliran caj elektrik ( "quantiti").[1] Caj elektrik mengalir ini biasanya dibawa oleh elektron bergerak, dalam pengalir elektrik seperti wayar; dalam Elektrolit, ia sebaliknya dibawa olehion, dan dalam Plasma, oleh kedua-duanya.[2] Unit Sistem Antarabangsa bagi mengukur kadar aliran caj elektrik adalah ampere. Arus elektrik diukur menggunakan ammeter.[1] Arus elektrik sebagai aliran merupakan satu kuantiti dalam sains yang menerangkan kadar pengaliran cas elektrik. Unit SI bagi arus ialah ampere yang sama dengan coulomb sesaat. Isi kandungan 1 Takrif 2 Hukum Ohm 3 Fizik 3.1 Arus elektrik melalui pelbagai media 3.1.1 Logam 3.1.2 Media lain 3.2 Kepadatan arus 3.3 Kelajuan hanyutan (“Drift speed”) 4 Keselamatan eletrik 5 Rujukan 6 Pautan luar

Hukum Ohm

Menurut Hukum Ohm, arus boleh dikira daripada rintangan dan beza upaya dalam satu pengalir (konduktor): I = \frac {V}{R} yang mana V ialah beza upaya R ialah rintangan elektrik.