Tuesday 28 April 2015

                                         

Panduan Mengikuti Kursus Separuh Masa

Pengenalan

Suruhanjaya Tenaga di bawah peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 telah mentauliahkan secara berterusan institusi-institusi sebagai pusat latihan dan peperiksaan kekompetenan dalam kategori-kategori yang berkaitan secara separuh masa. 
Kursus dan peperiksaan kekompetenan secara separuh masa ini dapat menyediakan peluang kepada calon-calon persendirian yang sedang bekerja dalam bidang berkaitan untuk menambahkan pengetahuan, meningkatkan kemajuan diri serta kerjaya. Melalui kursus ini, calon-calon dapat mengikuti pelajaran teori dan amali secara teratur dan sistematik dalam masa yang lebih fleksibel sebelum calon-calon tersebut menduduki peperiksaan kekompetenan berkenaan.

Pelaksanaan Kursus Dan Peperiksaan Kekompetenan

Calon-calon persendirian yang sedang bekerja dalam bidang berkaitan dan berminat untuk meningkatkan kemajuan diri serta kerjaya boleh memohon untuk menjalani kursus dan peperiksaan kekompetenan Pendawai, Penjaga Jentera dan Pencantum Kabel melalui institusi berkenaan.
Segala urusan mengenai kursus dan latihan, peperiksaan kekompetenan dan persijilan, bayaran kursus, yuran atau fi peperiksaan akan diuruskan oleh institusi tersebut.
Klik di sini untuk mengetahui Institusi-institusi yang ditauliah bagi menjalankan kursus dan peperiksaan kekompetenan secara separuh masa.

Kelayakan Pelatih / Calon

1.    Kelayakan asas bagi setiap kursus dan peperiksaan kekompetenan adalah seperti berikut:
              a.  Warganegera Malaysia.
              b.  Berumur 18 tahun atau lebih bagi Pendawai dan 20 tahun atau lebih bagi Penjaga Jentera dan
                   Pencantum Kabel pada tarikh peperiksaan.
              c.  Kelayakan pelajaran atau pendidikan adalah:
                       - Tamat tingkatan lima (5) bagi calon-calon yang tiada memegang apa-apa perakuan
                         kekompetenan Pendawai, Penjaga Jentera atau Pencantum Kabel.
                       - Tamat tingkatan tiga (3) bagi calon-calon yang memegang mana-mana perakuan
                         kekompetenan Penjaga Jentera (Terhad) bagi menduduki peperiksaan Penjaga Jentera
                         (terbuka).
                       - Tiada kelayakan pelajaran atau pendidikan diambil kira bagi calon-calon yang telah
                         memegang mana-mana perakuan kekompetenan Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum
                         Kabel.
                       - Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
2.    Kelayakan teknikal atau pengalaman kerja, secara amnya adalah seperti berikut dan akan dinilai oleh
       institusi berkenaan berdasarkan kursus yang dipohon.
            Pendawai PW1/PW2
            Pendawai PW3/PW4
            Penjaga Jentera A0
            Penjaga Jentera A1
            Penjaga Jentera A4-1 
            Penjaga Jentera A4 
            Penjaga Jentera B0 (11kV)
            Penjaga Jentera B1 (11 kV)
            Penjaga Jentera B4 (11kV)
            Modul Talian Atas Voltan Rendah (80 Jam)
            Modul Janakuasa Voltan Rendah dengan Penyegerakan (80 Jam)
            Modul Talian atas Voltan Tinggi (80 Jam)
            Modul Janakuasa Voltan Tinggi dengan Penyegerakkan (80 Jam)
NOTA 1: Modul Talian Atas Voltan Rendah (TAVR) dan modul Janakuasa Voltan Rendah dengan Penyegerakkan (JKVRP) ini boleh digunakan atau disesuaikan bagi melayakkan calon-calon menyertai peperiksaan persendirian Penjaga Jentera yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Tenaga atau mana-mana kursus Penjaga Jentera sepenuh/separuh masa yang dijalankan oleh institusi bertauliah berdasarkan Pekeliling Suruhanjaya Tenaga Bil. 01/2013 bertarikh 22 Februari 2013.
NOTA 2: Modul Talian Atas Voltan Tinggi (TAVT) dan modul Janakuasa Voltan Tinggi dengan Penyegerakkan (JKVTP) ini boleh digunakan atau disesuaikan bagi melayakkan calon-calon menyertai peperiksaan persendirian yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Tenaga atau mana-mana kursus Penjaga Jentera seperuh/separuh masa yang dijalankan oleh institusi bertauliah berdasarkan Pekeliling Suruhanjaya Tenaga Bil. 01/2013 bertarikh 22 Februari 2013.

Pendawai PW1/PW2

  1. Mempunyai dua (2) tahun pengalaman bekerja berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  2. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik di atas bagi tempoh dua (2) tahun pengalaman berkenaan yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
  3. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja dua (2) tahun tersebut atau lebih.


Friday 10 January 2014

Kenali Lukisan dan Sistem Elektrik

LUKISAN ELEKTRIK Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaslam kandungan sesuatu pemasangan elektrik.Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk symbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah mengikut piawai yang telah ditetapkan.Lukisan elektrik digunakan dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik.Juruelektrik dan pendawai akan menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektik.Terdapat dua system bekalan elektrik iaitu sistem satu fasa dan sistem tiga fasa.Bagi rumah kediaman lazimnya system satu fasa digunakan manakala kilang dan bengunan besar memerlukan tiga fasa. Setelah mempelajari unit ini , anda dapat : i. Mengenal pasti jenis lukisan elektrik. ii. Menerangkan kegunaan symbol piawai bagi alat tambah,suis dan fius agihan. iii. Menyusun atur alat tambah,pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik. iv. Melukis pelan bentangan domestic. v. Melukis gambarajah skema unit kawalan utama pengguna. 1.1 Kenalpasti system bekalan elektrik 1.1.1. Sistem satu fasa - Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal. Sistem satu fasa (Single phase) - Beban kurang seperti rumah kediaman 1.1.2. Sistem tiga fasa (Three phase) - Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup dan satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 415V AC. - Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar. 1.1.3. Peraturan am pemasangan alat tambah -Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga .Antara peraturan yang terdapat adalah seperti berikut: a. Suis i. Suis hendaklah ditempatkan didalan bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung supaya mudah dikendalikan. ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi.Jika suis perlu dipasang didalam bilik mandi,suis jenis tarik hendaklah digunakan. iii. Suis duahala sesuai digunakan untuk koridor ,tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik. iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas dan memudahkan kawalan.Inin boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang mengandungi suis kembar dua atau lebih. b. Lampu i. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu.Bagi bilik yang besar,bilangan poin lampu boleh ditambah dan jarak diantara pin hendaklah sesuai supaya pencahataan sama rata. ii. Jenis lampu yang digunakan di dalam bilik mandi ialah lampu filamen bertutup kaca. iii. Poin lampu hendaklah ditempatkan pada jarak tertentu supaya sinaran lampu tidak terganggu oleh bilah kipas. c. Soket Keluar i. Bilangan soket keluar bagi bilik bersaiz sederhana tidak boleh lebih daripada dua.Bagi bilik yang lebih besar peraturan ini dilonggarkan. d. Unit Kawalan pengguna i. Kotak unit kawalan pengguna hendaklah dipasang didalam bangunan supaya mudah dikendalikan ketika berlaku kecemasan 1.1.4 Simbol Piawai Elektrik (Lagenda) Alat tambah dan alat kelenkapan yang digunakan dalam pemasangan elektrik terdapat dlam pelbagai jenis dan saiz,serta mempunyai fungsi yang berlainan.Dalam lukisan elektrik, setiap alat tambah dan alat kelengkapan digambarkan dengan symbol piawai.Simbol piawai elektrik biasanya dilukis berpandukan piawaian ANSI dan BS. Simbol Piawai elektrik bagi alat Tambah dan Alat Kelengkapan Elektrik